30 August 2013

Hati. Perempuan. Lelaki. Senyuman. Kata-kata.

Hati.
Ada sesiapa yg boleh baca hati aku, rasa apa yg aku rasa sekarang, ada ? Ada ?? Soal hati takde siapa yg tahu melainkan Allah s.w.t

Perempuan.
 Perempuan antara yg selalu atau sememangnya peka tentang soal hati. Hati perempuankan lembut bak sutera. Terguris sedikit je dah rasa sakitnya, pedihnya. Hati seorang perempuan juga kadang kuat, kuat untuk tempuh hutan tebal yg penuh dgn binatang buas yg berkeliaran.

Lelaki.
 Pasangan untuk hati perempuan. Lelaki jugalah yg akan menjaga hati kita. Tapi, tak semudah yg dibayangkan untuk menjaga hati seorang perempuan. Lelaki hatinya kuat. Bila-bila masa kita boleh dilukakan tanpa mereka sedar kerana senyuman yg kita lemparkan, kita tunjukkan.

Senyuman.
Pelakon terhebat untuk perempuan. Senyuman disebalik kedukaan. Senyuman jugalah tembok untuk hati kita berlindung. Kita korbankan senyuman kita untuk lindung hati kita. Kata-kata yg tidak menyenangkan, menyebabkan kita terluka, tapi kita tetap tersenyum.

Kata-kata.
Kata-kata ini pembunuh. Kadang-kadang kita kena berfikir sebelum berkata-kata. Kata-kata mungkin boleh melukakan hati sesiapa, lelaki ataupun perempuan. "Fikir dulu, sebelum cakap" ye, fikir dulu. Tanpa kita sedar, kata-kata kita mungkin melukakan hati orang sekeliling kita.

Harini aku di uji, di uji oleh hati, lelaki dan kata-kata. Tapi sebagai perempuan, aku tetap dahulukan senyuman walaupun perit.

Assalammualaikum.