21 October 2012

I'm back


Assalamualaikum. Wuuuu, lama dah tak update blog ni. Wa rindu zaman blogging ni duluhh. So, how's life ? Harap bahagia dan sentiasa maju. Now, membusy kan diri untuk melatihkan diri untuk menghadapi SPM yang lebih kurang 2 minggu lagi. Getar hatikuuu saat kau semakin menghampirikuuuu ~ *suka2 ybah lirik lagu

Pejam celik pejam celik, kejap sangat rasanya nak SPM, nak habiskan sekolah, nak jadi remaja/ dewasa, nak tunang nak kawin, eh ? Gatal. Rasa kejap sangat nak habiskan usia kekanakkan aku ni. Aku seperti tidak sedar dari sikap bebudak ini. Bagaimana agaknya bila menjejakkan kaki ke menara gading sedangkan perangai seperti Upin Ipin. Mesti tak dapat nak main nyorok2, kejar2 mcm dulu. Ahhh, tak mungkin, tak mungkin ! Kenapa aku emo sgt nih ? Inilah sikap pelajar yang akan menghadapi Spm yg telah dikaji oleh ahli saintifik. Ktipu. 


Dan beberapa bulan je lagi aku akan tergolong dalam golongan mereka diatas yang sudah tamat sekolah. Excited ! dan kembali ke alam facebook, twitter, blog semula dan akan menceritakan segala galanya tenting life aku selepas spm nnti. Tak sabarnyaaa. Dan Insyaallah, ingin mengubah imej diri menjadi lebih baik, sopan,santun....Ouchhh kenapa dgn aku ? Eh, btw Ayah sekarang berada diMakkah menunaikan haji mabrurnya. Semoga Allah pemudahkan urusan ayah disana dan memberikan kesihatan mental dan fizikal yang baik. Semoga ayah selamat pulang ketanah air. Ayah pergi selama 47hari dan balik pada 8.11 dan itu bermakna aku sedang menjawab exam mathematics dan Ict. Ayah, doakan adik lulus dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang sangat cemerlang.

Paper SPM aku mula pada 5 november dan berakhir pada 29 november dan Horeyyyyyyyy. I;m free ! I'll do the best for SPM and success in all subject and get 10 A's + Amin ya allah. Even trial haritu tidak melepasi target tapi bersyukur sgt sebab markah semakin meningkat. Alhamdulilah tiada gagal. Insyaallah akan buat yang terbaik SPM nnti ;) Okay, mungkin lepas spm nnti blog kembali diupdatekan dan tutup segala acc yang ada for spm ni. Kawal nafsu untuk menghadap komputer ni. BYEEE ;)

P/S maaf jika ada kesalahan ejaan. malas nak check balik.